Maksud healing, Maksud healing time, Maksud healing dalam bahasa melayu, Maksud healing tiktok, Maksud healing process, Maksud healing crisis, Maksud healing dalam tiktok, Maksud healing meaning, Maksud healing in malay meaning, Maksud healing vibes, terjemahan healing ke dalam bahasa melayu, self healing, proses healing, lagu untuk self healing, maksud healing dalam islam, zikir menenangkan jiwa, 5 perkataan healing dalam surah al fatihah

Sekarang ni, kalau buka media sosial baik Instagram, Facebook, TikTok dan lain-lain, mesti akan lalu lalang perkataan mahupun content tentang healing. Video kucing tengah tidur pun boleh jadi content "tengah healing ke tu?" Namun, apa sebenarnya maksud healing yang menjadi trend anak muda zaman kini? Yang mengikuti trend ini pun, memang faham benar apa yang dimaksudkan dengan healing, atau sekadar ikut trend? Jom kita kupas apa maksud healing sebenarnya. 


Maksud Healing 

Maksud "healing" dalam bahasa Melayu adalah "penyembuhan" atau "pengubatan." Healing merujuk kepada proses penyembuhan fizikal, mental, atau emosi seseorang daripada kecederaan, penyakit, atau kesusahan. 


Menurut kamus Cambridge, healing bermaksud proses menjadikan seseorang kembali sihat, terutamanya setelah luka atau cedera yang lainnya. Manakala menurut kamus Macmillan, healing membawa maksud proses menjadi sihat kembali atau pulih dari pengalaman yang tidak menyenangkan. 


Erti kata lain, kita ni hanya manusia biasa, bukannya robot. Bila kita rasa exhausted, letih, stress, depressed, anxiety, trauma, down dengan sesuatu perkara, kita perlu berhenti seketika untuk merawat dan menyembuhkan segala rasa yang tak best tu secepat yang mungkin agar tidak mengganggu kualiti kehidupan kita. Setuju tak? 


Sebenarnya, healing melibatkan pemulihan dan penyesuaian untuk mencapai keadaan kesihatan mental yang lebih baik. Dalam beberapa kes, healing dapat merujuk kepada kaedah alternatif atau terapi komplementari yang membantu kita meningkatkan kesejahteraan hidup kita. Barulah semangat nak teruskan hidup yang penuh onak dan duri. 


Proses dan Cara Seseorang Healing

Benar. Setiap orang memiliki 24 jam yang sama. Namun, setiap orang memiliki karakter yang berbeza, masalah yang berbeza, rutin harian yang berbeza. Oleh yang demikian, cara healing atau penyembuhan setiap orang juga berbeza kerana setiap individu mempunyai keperluan dan pengalaman hidup yang unik dan berbeza.

Maksud healing, Maksud healing time, Maksud healing dalam bahasa melayu, Maksud healing tiktok, Maksud healing process, Maksud healing crisis, Maksud healing dalam tiktok, Maksud healing meaning, Maksud healing in malay meaning, Maksud healing vibes, terjemahan healing ke dalam bahasa melayu, self healing, proses healing, lagu untuk self healing, maksud healing dalam islam, zikir menenangkan jiwa, 5 perkataan healing dalam surah al fatihah
Sumber: FB Beautiful World

Di zaman sekarang, terdapat beberapa cara manusia melibatkan diri dalam proses healing. Antaranya ialah:

  1. Terapi Psikologi: Individu mencari bantuan daripada pakar psikologi atau kaunselor untuk menangani masalah mental, emosi, dan sosial.
  2. Rekreasi dan Seni: Aktiviti rekreasi seperti bercuti, berjalan-jalan, melukis, menulis, dan membuat kraftangan dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
  3. Senaman dan Kesihatan Fizikal: Aktiviti fizikal seperti mendaki, senaman, atau pilates membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi seseorang.
  4. Mindfulness dan Meditasi: Praktis meditasi dan kesedaran diri membantu individu mencari ketenangan dalam diri dan mengurangkan tekanan.
  5. Komuniti dan Sokongan Sosial: Bersosial dengan keluarga, sahabat, dan komuniti dapat memberi sokongan emosi yang penting dalam proses penyembuhan.
  6. Pemakanan Sihat: Memilih makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kesihatan tubuh.
  7. Terapi Haiwan: Terapi haiwan, seperti menguruskan haiwan peliharaan atau interaksi dengan haiwan terapi, telah diketahui dapat memberikan manfaat emosi dan fizikal.
  8. Herbal dan Rawatan Semulajadi: Penggunaan herba dan bahan semulajadi lain untuk menyokong kesihatan secara holistik.
  9. Pendidikan Kesihatan: Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan melalui pendidikan dan informasi yang tepat.


Setiap cara healing ini mempunyai peranan dan manfaatnya sendiri dalam membantu individu mencapai keseimbangan dan kesejahteraan. Penting untuk kita mengenali keperluan diri sendiri dan mencari bantuan profesional jika diperlukan dalam proses healing ini. Jangan main semeberono aje ikut orang healing kita pun nak healing juga.  


Muzik atau Lagu untuk Self Healing 

Mendengar muzik dikategorikan sebagai pengubatan kerana ia dapat mempengaruhi perasaan dan emosi kita. Bunyi dan irama muzik boleh menimbulkan respon yang positif dalam minda dan tubuh, membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan mood, serta mengurangkan rasa cemas dan tekanan. Muzik juga boleh merangsang pengeluaran hormon endorfin, yang membantu dalam proses penyembuhan secara semulajadi.


Ada masa tertentu Nur memang suka layan perasaan dengan lagu. Terkadang lirik lagu tersebut kena betul dengan situasi yang Nur sedang hadapi. Meh Nur share lagu self healing yang menjadi pilihan ramai orang. Antaranya ialah: 

  • Tak segampang itu - Anggi Marito
  • Sisa rasa - Mahalini
  • Sepi hati - Yuni Shara
  • Jiwa yang bersedih - Ghea Indrawari
  • Kembali pulang - Suara Kayu & Febi Putri
  • Menunggu Feat. Ainina Hasnul - Orkes A Hizadin 
  • Angin Kencang - Noh Salleh 
  • Tiara - P. Radhi 
  • Hendaklah Cari Pengganti - Arief
  • Memori Tercipta - Kamil Kaflee
  • Denganku Saja - Haris Abdul
  • Di Sebalik Kaca Cinta - Analogy Band
  • Bukan Aku Tak Cinta - Iklim 
  • Padam - Feez Mizaro
  • Remaja - Orkes A Hizadin 
  • Bunga Di Telinga - Noh Salleh
  • IBMODEIYDKDDAADP (Biar Aku) - Encem Bois
  • Pendusta - Amy Zakri
  • Ego - Margasatwa
  • Hidup - 22Band
  • Takdir - Syazwan
  • Kotak Hati - Hujan
  • Duhai Kasih - Seakan Bintang
  • Cinta Lenyap - Iss Arffan
  • Suci Dalam Debu - Iklim
  • Mekar Di Jiwa - X-Ray
  • Ku Mahu Kau Tahu (2008) - Hujan
  • Bila Pergi - Raqib Majid & Fad Bocey 
  • Rantai Rasa - Hujan

Maksud Healing dalam Islam

Namun, sebagai orang Islam, eloklah kalau kita berjaga-jaga dalam proses healing. Elakkan diri dari aktiviti healing yang boleh melanggar syarak dan akidah kita sebagai orang Islam seperti yang ditunjukkan dalam official music video lagu Malampagi yang trending sekarang ni. Nauzubillahiminzalik. Jauhkan lah Nur dan keturunanku dari perkara tersebut. 

Maksud healing, Maksud healing time, Maksud healing dalam bahasa melayu, Maksud healing tiktok, Maksud healing process, Maksud healing crisis, Maksud healing dalam tiktok, Maksud healing meaning, Maksud healing in malay meaning, Maksud healing vibes, terjemahan healing ke dalam bahasa melayu, self healing, proses healing, lagu untuk self healing, maksud healing dalam islam, zikir menenangkan jiwa, 5 perkataan healing dalam surah al fatihah

Walaupun pengakhiran video  memberikan mesej yang baik untuk kita teladani, seeloknya kita tidak perlu terlalu mengikut budaya Barat yang ternyata hanya merosakkan akhlak dan mematikan jiwa akibat tersalah memilih cara healing atau penyembuhan. 


Self Healing dalam Islam

Dalam Islam, cara self healing yang betul boleh merangkumi beberapa aspek, termasuklah:

  1. Doa dan dzikir: Berdoa kepada Allah untuk kesembuhan dan mengingati-Nya melalui dzikir adalah amalan penting dalam mencari penyembuhan.
  2. Penggunaan Al-Quran dan hadis sebagai terapi: Membaca Al-Quran dan merujuk kepada hadis Nabi Muhammad SAW sebagai terapi juga merupakan amalan yang dianjurkan dalam Islam.
  3. Sabar dan tawakal: Memahami bahawa kesembuhan adalah ketetapan Allah dan bersabar dalam menghadapinya, serta meletakkan tawakal sepenuhnya kepada-Nya.


Bagi sesetengah orang, healing kebanyakannya dilakukan dengan melawat tempat pelancongan dan tempat semula jadi. Namun, self healing yang terbaik yang boleh dilakukan ialah berdoa, berzikir, dan berserah dengan tujuan agar kita dapat menerima perkara yang menyakitkan, mendapat ketenangan dan ketenteraman, mengenali diri sendiri, serta berbalik kepada Allah SWT apabila merasakan emosi negatif.


Zikir Menenangkan Jiwa

Zikir memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan (healing) dari pelbagai aspek. Ia adalah suatu amalan spiritual dalam agama Islam yang membawa kesan positif kepada kesihatan fizikal, mental, dan emosi seseorang. 

Berikut adalah beberapa zikir yang dapat membantu menenangkan jiwa kita:


1. Zikir Tasbih: 

Mengulang "Subhanallah" (Maha Suci Allah) sebanyak 33 kali, "Alhamdulillah" (Segala Puji bagi Allah) sebanyak 33 kali, dan "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) sebanyak 34 kali. Zikir ini adalah cara yang umum digunakan untuk menghilangkan kegelisahan dan menenangkan hati.


2. Zikir Istighfar: 

Mengucapkan "Astaghfirullah" (Aku mohon ampun kepada Allah) dengan ikhlas sebagai bentuk penyesalan dan permohonan ampun atas dosa-dosa. Ini membantu membersihkan jiwa dan mengurangi beban perasaan.

3. Zikir Tahlil: 

Mengucapkan "La ilaha illallah" (Tiada Tuhan selain Allah) adalah zikir yang mengingatkan kita tentang keesaan Allah dan kepentingan memfokuskan hidup pada-Nya.

4. Zikir Basmala

Mengucapkan "Bismillah hir Rahmanir Rahim" (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) sebelum melakukan sesuatu adalah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan membawa ketenangan dalam tindakan kita.

5. Zikir Hasbunallahu wa ni'mal wakeel: 

Mengulang kalimat ini, yang berarti "Allah mencukupi bagi kami, Dia adalah sebaik-baik pemelihara," mengingatkan kita bahwa Allah adalah penolong sejati dan memberikan rasa aman dan perlindungan.

6. Zikir La hawla wala quwwata illa billah: 

Mengingatkan kita bahwa tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, mengajarkan kita untuk berserah diri kepada-Nya dan melepaskan kekhawatiran.


Baca juga: selawat ke atas nabi


5 Perkataan Sangat Healing dalam Surah al-Fatihah 

Di kesempatan yang ada ni Nur juga nak kongsikan juga 5 perkataan yang sangat healing dalam surah al-Fatihah. Kalau kita betul-betul faham 5 perkataan ini, kita akan tahu betapa baiknya Allah kepada kita. Setiap saat, tak kira di mana, tak kira apa situasi kita, Dia selalu ada. (Sumber: FB Hafizul Faiz)


Maksud healing, Maksud healing time, Maksud healing dalam bahasa melayu, Maksud healing tiktok, Maksud healing process, Maksud healing crisis, Maksud healing dalam tiktok, Maksud healing meaning, Maksud healing in malay meaning, Maksud healing vibes, terjemahan healing ke dalam bahasa melayu, self healing, proses healing, lagu untuk self healing, maksud healing dalam islam, zikir menenangkan jiwa, 5 perkataan healing dalam surah al fatihah

Maksud healing, Maksud healing time, Maksud healing dalam bahasa melayu, Maksud healing tiktok, Maksud healing process, Maksud healing crisis, Maksud healing dalam tiktok, Maksud healing meaning, Maksud healing in malay meaning, Maksud healing vibes, terjemahan healing ke dalam bahasa melayu, self healing, proses healing, lagu untuk self healing, maksud healing dalam islam, zikir menenangkan jiwa, 5 perkataan healing dalam surah al fatihah

Maksud healing, Maksud healing time, Maksud healing dalam bahasa melayu, Maksud healing tiktok, Maksud healing process, Maksud healing crisis, Maksud healing dalam tiktok, Maksud healing meaning, Maksud healing in malay meaning, Maksud healing vibes, terjemahan healing ke dalam bahasa melayu, self healing, proses healing, lagu untuk self healing, maksud healing dalam islam, zikir menenangkan jiwa, 5 perkataan healing dalam surah al fatihah

Maksud healing, Maksud healing time, Maksud healing dalam bahasa melayu, Maksud healing tiktok, Maksud healing process, Maksud healing crisis, Maksud healing dalam tiktok, Maksud healing meaning, Maksud healing in malay meaning, Maksud healing vibes, terjemahan healing ke dalam bahasa melayu, self healing, proses healing, lagu untuk self healing, maksud healing dalam islam, zikir menenangkan jiwa, 5 perkataan healing dalam surah al fatihah

Maksud healing, Maksud healing time, Maksud healing dalam bahasa melayu, Maksud healing tiktok, Maksud healing process, Maksud healing crisis, Maksud healing dalam tiktok, Maksud healing meaning, Maksud healing in malay meaning, Maksud healing vibes, terjemahan healing ke dalam bahasa melayu, self healing, proses healing, lagu untuk self healing, maksud healing dalam islam, zikir menenangkan jiwa, 5 perkataan healing dalam surah al fatihah

Akhir Kata 

Akhir kata, tak kisahlah kita nak healing cara mana sekalipun, pasakkan dalam diri kita yang kita perlu hadap dan jangan lari dari masalah kita. Macam yang Nur cakap di atas, bila kita mengalami masalah emosi, kita boleh berhenti seketika dan pergi healing untuk kembalikan semangat kita. Namun tidak bermakna kita boleh lari dari masalah tersebut.


Hal ini kerana, bila Nur dah kupas sendiri maksud healing, Nur dapati bahawa healing yang sebenar adalah tempoh kita muhasabah diri. Kita perlu tanya diri dan selami diri sendiri - di bahagian mana yang perlu kita perbaiki supaya masalah tersebut boleh diselesaikan. Mungkin masalah tersebut datang dari diri kita sendiri? Siapa tahu kan? 


Jangan kita lupa juga, apa jua yang berlaku dalam diri, berbaliklah pada Allah. Kalau korang perasan dalam official music video lagu Malampagi pada minit ke 2:36, watak dalam video tersebut memegang dan membaca ayat suci al-Quran. Buktinya disini - berbaliklah pada Allah. Dialah Allah Asy-Syaafii (Yang Maha Penyembuh).


Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?


Sekian kupasan dari Nur tentang maksud healing. Next nak kupas apa ya? Ajomlah kupas bawang. Hihihhi. Assalamualaikum :)

4 Comments

  1. dulu guna perkataan healing untuk sakit nk sembuh. sekarang semua tempat jdi tempat healing. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaa kita pun follow jela asalkan tak terpesong dari term asal nak healing tuu

      Delete
  2. Healing paling baik jika kita mendekatkan diri kepadaNYA dan buat sesuatu yang berfaedah seperti melancong dan pergi ke tempat yang tenang seperti air terjun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt kak ezna. Salah pilih cara healing habislahhhh tambah runsing

      Delete