BITE Murtabak Majid Kini di Lokasi Baru
Alhamdulillah, setelah sekian lama...dapat juga makan murtabak yang betul-betul sedap! Al-kisahnya masa cuti Maulidur Rasul haritu, Nur balik Masai dan kebetulan esok paginya adik Nur ajak pergi sarapan dekat Bite Murtabak Majid yang bertempat di Larkin Jaya. Apa lagi, kasi sumbat kesemua 9 orang dalam 1 kereta.
Sekilas Tentang Bite by Murtabak Majid
Buat yang tak tahu, Murtabak Cheese Majid ataupun Murtabak Majid telah pun beroperasi lebih dari 40 tahun dan merupakan perniagaan warisan tradisi. Pada awalnya Murtabak Majid berasal dari Muar, Johor tetapi turut dijual di Singapura. Oleh sebab itulah, murtabak ini ada persamaan dengan murtabak Singapura.
Walaupun telah lama menjual murtabak, tetapi resepi Murtabak Cheese hanya diperkenalkan semenjak 8 tahun yang lepas. Memandangkan cheese sangat terkenal dan sering dimasukkan di dalam apa juga jenis makanan, Murtabak Cheese Majid menjadi diantara makanan yang trending di Johor sekarang.
Murtabak Majid Memang Sedap
Kalau tak silap Nur, dulu zaman Nur masih bujang Nur pernah makan Murtabak Majid beberapa kali tapi di kedai yang lain. Khabarnya kedai yang lama sudah pun ditutup dan kini sepenuhnya di lokasi yang terbaru di Jalan Cenderawasih Larkin Jaya bersama pelbagai tambahan menu yang sememangnya menyelerakan.
Sungguh Nur rindu dengan rasa murtabak yang cukup sedap seperti murtabak Majid. Bayangkan, tanpa perlu cicah dengan kuah kari pun, murtabak yang dihidangkan tu sudah cukup sempurna rasa dia.
Nur jarang jumpa murtabak yang kulit rotinya garing dan rangup tapi tiada rasa hangus sekalipun. Dengan inti daging cincang yang banyak, berserta kuantiti bawang cincang yang tak over quantity membuatkan Nur merasakan yang Murtabak Majid adalah murtabak yang paling sedap Nur pernah rasa.
Haritu Nur order murtabak klasik daging dan murtabak daging cheese. Personally, Nur suka yang klasik sebab Nur bukan penggemar makanan berkeju. Bukanlah tak makan langsung, boleh je makan. Tapi tekak klasik Nur lebih gemarkan makanan yang asli gitu.
Pelbagai Menu di Bite Murtabak Majid
Kini, pelanggan bukan sahaja boleh menikmati murtabak yang enak sahaja di kedai makan Bite Murtabak Majid, malah banyak lagi menu menarik yang available.
Antara menu yang kami order adalah set roti bakar bersama telur separuh masak,, bone steak Singapore (sup tulang merah), mihun Singapore, Thai banana pancake, soto warisan Mak Yon, nasi lemak Pak Majid dan roti canai yang lembut.
Mula-mula tu tak tahu nak order apa. Bila nampak ada bone steak Singapore, Nur pun order. Dah lama sebenarnya tak makan sup tulang merah. Syukur apa yang Nur order tu tak menghampakan. Kuahnya tak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair. Rasa masam manis kuah sup tu memang sedap betul dimakan dengan roti.
Korang nak tahu tak, Nur ni sebenarnya first time makan Thai banana pancake. Masa makan dekat Bite Murtabak Majid tu hari, Nur ingatkan makanan ni baru wujud. Rupanya dah lama ya? Dekat sini ada sediakan 3 jenis Thai banana pancake iaitu ori, cheese dan milo. Nur rasa hari tu suami Nur order yang milo kut. Padanan pisang dengan manisnya milo tu ngam sangat. Buatkan rasa dia balance tak terlalu manis.
Nasi lemak Pak Majid dia pun onz sangat. Adik Nur order yang siap ada ayam goreng berempah tu. Memang sedap. Nasi lemak dekat sini guna beras basmathi. Nasinya cantik berderai dan cukup lemak. Sambalnya pun kick. Ada sebiji telur rebus dibelah dua. Ikan bilis pun banyak. Timun 3 slice dia bagi. Rasa bahagia sangat tengok nasi lemak yang cukup sifat macam ni.
Khabarnya sekarang ada tambahan beberapa menu baru seperti nasi ayam kicap dan nasi ayam geprek. Mesti sedap kan?
Konsep Industrial yang Simple dan Selesa
Konsep industrial kini dilihat semakin menjadi pilihan ramai termasuklah Bite Murtabak Majid. Sejujurnya Nur sukakan konsep ini kerana tampak lebih simple disamping konsep begini menampakkan sisi ranggi sesuatu tempat.
Masa kami sampai tu cuaca boleh tahan panas terik walaupun baru jam 10 pagi. Tapi amazingly, kami maintain selesa menjamu selera di situ kerana pengaliran udara dalam Bite Murtabak Majid sangat baik. Sebahagian dinding di sini ada tingkap yang ditutupi jaring besi berwarna hitam dimana design begini menambahkan lagi sisi maskulin konsep industrial.
Kemudahan Lain
Di Bite Murtabak Majid juga ada menyediakan beberapa tandas yang bersih selesa. Malah, tempat solat juga turut disediakan buat pengunjung dan juga staf yang bekerja disitu. Overall semuanya selesa disini. Ada ruang kosong ditingkat dua namun Nur tak pasti ruang tersebut mahu diapakan. Mungkin nak buat event hall? Meeting room ke? Haha yang itu kena tanya owner dia lah.
Tapaw Murtabak Majid Frozen
Haaa disini juga ada manyediakan murtabak frozen. Yela, orang yang duduk jauh dari Larkin mestilah sekali-sekala nak pekena murtabak Majid dirumah sambil layan movie dekat Netflix kan? Kalau orang luar Johor tu, makesure korang ada kawan duduk JB okay. Nanti boleh kirim murtabak Majid frozen tiap kali dorang balik JB.
FREE Air Tembikai Tapi Bersyarat
Sebelum balik tu, korang jangan lupa follow media sosial Bite Murtabak Majid ya. Nanti tunjuk aje dekat kakak cashier. Nanti dia bagi free 1 cawan air tembikai. Boleh la buat basah tekak on the way balik rumah tu.
Akhir Kata
Baiklah, rasa dah banyak dah membebel. Sejujurnya, kesemua makanan dekat sini memang sedap. Baik murtabaknya dan hidangan yang lain. Superb! Kedai makannya pun selesa. Staf friendly tak lokek dengan senyuman. Rekemen sangat untuk korang datang makan dekat sini.
BITE Murtabak Majid
Cuti setiap hari Isnin
7:00 AM sehingga 3:00 PM
11 Jalan Cenderawasih Larkin Jaya
0177555305
Lokasi:
Instagram: bitebmm
TikTok: bitebmm
Facebook: Bite by Majid Murtabak
0 Comments